
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 6hb Mei 2025 yang lalu, telah berlangsungnya Hari Bertemu Pelanggan & Majlis Ramah Mesra Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak (PPWN) bertempat di Ruang Legar PPWN Perak, UTC 30, Ipoh.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI : Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Perak
Majlis yang penuh makna ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Salbiah Binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.
Mewakili PUBI Perak ke majlis ini ialah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi bersama barisan pimpinan iaitu Saudara Mohamad Nafis (Bendahari), Pn. Jamaliah dan Pn. Nor Azlina selaku Ahli Jawatankuasa. Kehadiran PUBI Perak selaku NGO keusahawanan adalah sebagai tanda sokongan padu terhadap usaha memperkasakan wanita, terutamanya dalam aspek ekonomi dan keusahawanan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan ADUN Wanita Negeri Perak termasuk YB Dr. Najihatussalehah Binti Ahmad (ADUN Bota), YB Puan Salina Binti Samsudin (ADUN Behrang), YB Puan Wasanthee a/p Sinnasamy (ADUN Hutan Melintang) dan YB Puan Wong Chai Yi (ADUN Simpang Pulai).
Turut hadir ialah para Pengarah dan wakil agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama orang awam yang turut sama memeriahkan suasana.

Majlis ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah antara pihak jabatan, agensi kerajaan, NGO serta masyarakat umum.
Ia juga menjadi platform penting dalam menyampaikan informasi dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pelbagai program dan perkhidmatan jabatan – termasuklah kursus-kursus kemahiran, program kesedaran serta inisiatif pembangunan komuniti wanita.
Kehadiran PUBI Perak sebagai NGO yang sentiasa komited dalam memperjuangkan pembangunan ekonomi masyarakat dan menyokong peranan wanita dalam dunia keusahawanan adalah selaras dengan aspirasi Negeri Perak untuk melahirkan komuniti yang berdaya tahan dan progresif.
Ini juga membuktikan bahawa penglibatan strategik antara NGO dan agensi kerajaan amat penting demi memastikan usaha pembangunan sosioekonomi dapat dicapai secara menyeluruh.
PUBI Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PPWN Perak atas jemputan dan peluang kerjasama yang diberikan.
Semoga ukhuwah dan kolaborasi ini terus subur demi manfaat bersama untuk masa depan yang lebih cemerlang.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah.



KOMEN TERKINI