KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini Pada 1hb Mac 2023 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2023) Perak, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Perak yang telah diadakan secara di dalam talian menggunakan platform Zoom.

Pelaksanaan Mesyuarat Agung Negeri ini secara di dalam talian telah diadakan bagi menyokong saranan kerajaan di dalam pengunaan IT disamping dapat menjimatkan kos penganjuran Mesyuarat Agung Negeri yang menelan belanja yang sangat besar.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Negeri Perak 2023 secara di dalam talian ini adalah Tuan Pengerusi En Sharul Baha Bin Abd Rahman.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Kursus Wajib Juruaudit Dalaman

Seramai hampir 400 perwakilan daripada seluruh anggota koperasi yang berdaftar dengan ANGKASA Negeri Perak telah menyertai Mesyuarat Agung Negeri yang telah diadakan ini.

Pada Mesyuarat Agung Negeri, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman telah menawarkan diri sebagai salah seorang calon jawatan bagi Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 (MAPA 2023).

Syukur Alhamdulillah, En. Sharul Rahman telah menang bagi calon jawatan ini dengan mendapat 107 undian secara angkat tangan di dalam talian setelah seri sebanyak 88 undi dengan calon bernama Ahmad Masri bin Abd Rasid pada peringkat pengundian awal yang telah diadakan oleh Jawatankuasa Pemilihan.

Dengan ini secara rasminya, En. Sharul Rahman akan mewakili negeri Perak selaku calon bagi jawatan Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 (MAPA 2023) yang dijangka akan berlangsung pada bulan jun 2023 ini nanti.

Seluruh Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd telah merakamkan ucapan setinggi tahniah serta sangat berbangga dengan kemenangan En Sharul Rahman ini dan menganggap ini adalah satu permulaan yang baik untuk membawa KOPUBI Perak Bhd ke peringkat yang lebih tinggi.

Untuk maklumat semua juga, ini adalah kali ketiga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd menyertai persidangan ini sejak menjadi Anggota kepada ANGKASA pada tahun 2018 yang lalu.

ANGKASA adalah salah sebuah koperasi yang terbesar di Negara kita dan telah mengemudi pergerakkan koperasi di Malaysia sejak kita merdeka lagi.

Semoga ANGKASA terus memimpin Koperasi-koperasi di Negara kita ini demi mengubah lanskap serta ekonomi di Negara kita serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Insyallah. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #GerakanKoperasi #ANGKASA