INFO – PENCALONAN ANUGERAH USAHAWAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2022

Anugerah ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada usahawan Perak yang terpilih bagi mengiktiraf kejayaan usahawan Perak di dalam pelbagai bidang industri dan perkhidmatan.

Anugerah ini juga adalah sebagai pendorong dan contoh kepada usahawan-usahawan PMKS lain di Negeri Perak. Ia juga bertujuan bagi mewujudkan kelompok usahawan “champion” dalam pelbagai industri di negeri Perak.

17 Kategori dipertandingkan bagi Program Anugerah Usahawan Perak. Usahawan hanya boleh mencalonkan diri sendiri maksimum dalam 2 kategori sahaja.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan Geran Usahawan Perak (GeRAK)

Kepada usahawan di Negeri Perak sangatlah digalakkan untuk mencalonkan diri masing-masing seterusnya akan dinobatkan sebagai usahawan berbaik bag ketogori masing-masing serta akan menjadi ikon di dalam bidang perniagaan yang diceburi. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut;

  • Mempunyai SSM yang berdaftar di negeri Perak dan masih sah;
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Perniagaan masih beroperasi di Negeri Perak dari antara tahun 2010-2022;
  • Telah berdaftar dengan Sistem Maklumat Usahawan Perak (Perak SME D-base)
  • Permohonan diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/Jabatan usahawan di Negeri Perak
  • Hanya boleh mencalonkan 2 kategori sahaja.

Setiap penyertaan adalah selewat-lewatnya pada atau sebelum 22 Mac 2023 (Rabu) dan setiap penyertaan adalah melalui borang penyertaan secara dalam talian yang disediakan melalui link berikut –> https://forms.gle/95EG5vvWm1y6KrfWA

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, Tuan / Puan boleh kemukakan kepada urusetia STeP berikut :

En. Wan Muhammad di talian 05-5019576
Pn. Nor Aliah Yusoff di talian 05-5019709
Pn. Suzana 05-5019718

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD