PROGRAM KASIH LAWATAN KE RUMAH ANGGOTA KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 23hb September 2022 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd melalui Program Kasih telah mengadakan lawatan ke rumah salah seorang anggota KOPUBI Perak Bhd yang telah ditimpa ujian dan kesusahan.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BANTUAN KHAS MAHASISWA PERAK 3.0 RM200

INFO : PERMOHONAN BANTUAN KHAS MAHASISWA PERAK 3.0 RM200

Di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Shaarani, Kerajaan Negeri Perak menawarkan Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 khusus kepada mahasiswa B40.

Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 adalah bantuan secara one-off yang disalurkan kepada mahasiswa B40 di Negeri Perak yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Bantuan khas ini dijayakan dibawah Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia, melalui agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Yayasan Perak, Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk).

Baca Lanjut