MALAYSIA TIDAK ALAMI KRISIS EKONOMI MESKIPUN PENURUNAN NILAI RINGGIT BERBANDING DOLAR AS – TENGKU ZAFRUL

MALAYSIA TIDAK ALAMI KRISIS EKONOMI MESKIPUN PENURUNAN NILAI RINGGIT BERBANDING DOLAR AS – TENGKU ZAFRUL

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia. 

Tengku Zafrul berkata ringgit menyusut sebanyak 7.5 peratus berbanding dolar AS sejak awal 2022, namun mata wang serantau dan negara maju lain juga turut mencatatkan penurunan yang sama.

Baca Lanjut