BERI PELUANG KOPERASI JALANKAN PERNIAGAAN AP

BISNES – BERI PELUANG KOPERASI JALANKAN PERNIAGAAN AP

PUTRAJAYA, 22 Feb — Sektor koperasi seharusnya turut diberi peluang bagi mendapatkan permit atau lesen import (AP) untuk kenderaan asing, kata Pengerusi Koperasi Profesional Putrajaya Bhd (Koprojaya) Mohd Arif Adenan.

Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengekalkan permit AP dalam Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020) semalam dilihat sebagai peluang ekonomi untuk sektor tersebut.

“Ini adalah masanya apabila AP ini diteruskan tidak semestinya mesti diteruskan denga cara lama. Jadi kita berharap agar kerajaan boleh melihat semula pemberian AP agar turut ditawarkan kepada koperasi,” katanya.

Baca Lanjut

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT YB DR ABDUL AZIZ BIN BARI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 05hb Februari 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YB Dr Abdul Aziz Bin Bari selaku Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Negeri Perak di bangunan SUK Negeri Perak.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi koperasi dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Koperasi En Mohd Fhami merangkap Timbalan Pengerusi PUBI Perak.

Pada perjumpaan ini, KOPUBI Perak Bhd telah diberi kesempatan untuk membentangkan kertas kerja bagi pelaksanaan Kempen Kelestarian Alam Peringkat Negeri Perak dengan anjuran Bersama Pejabat Yang Berhormat.

Baca Lanjut

TABUNG HAJI UNTUNG RM1.3 BILION SUSULAN PELAN PENSTRUKTURAN

TERKINI – TABUNG HAJI UNTUNG RM1.3 BILION SUSULAN PELAN PENSTRUKTURAN

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mencatat impak pemulihan apabila meraih keuntungan sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019 susulan pelaksanaan pelan penstrukturannya.

Dalam kenyataan hari ini, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) berkata bagi tempoh sama, jumlah asetnya turut meningkat dan melebihi liabiliti pada jumlah RM2.3 bilion.

“Menerusi pakej pemulihan bagi melindungi kepentingan penyumbang dan membantu TH kembali stabil, ia tidak lagi perlu menanggung kerugian aset bernilai RM10 bilion kerana kerugian ini akan ditanggung oleh UJ dan Kerajaan Malaysia.

Baca Lanjut

MESYUARAT JKPW PUBI PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 31hb Januari 2020 yang lalu, Jawankuasa Pembangunan Wanita PUBI Perak telah mengadakan Mesyuarat JKPW PUBI Perak Bil.01 yang telah dipengerusikan oleh Ketua JK iaitu Pn Zuraida Zulkepli.

Alhamdulillah, mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua ahli mesyuarat dan telah membincangan pelbagai isu dan perancangan jawatankuasa bagi tahun 2020 ini.

Baca Lanjut