PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 31hb Januari 2020 yang lalu, Jawankuasa Pembangunan Wanita PUBI Perak telah mengadakan Mesyuarat JKPW PUBI Perak Bil.01 yang telah dipengerusikan oleh Ketua JK iaitu Pn Zuraida Zulkepli.

Alhamdulillah, mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua ahli mesyuarat dan telah membincangan pelbagai isu dan perancangan jawatankuasa bagi tahun 2020 ini.

Mesyuarat JKPW telah dipengerusikan oleh Pn. Zuraida Zulkepli

Dengan keyakinan dan usaha gigih setiap ahli mesyuarat begitu komited untuk melaksanakan segala perancangan serta usaha yang diperlukan bagi memastikan segala misi & misi jawatankuasa dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Insyallah, pelbagai aktiviti dan program telah dirancang dan sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada golongan wanita terutamanya di bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan secara amnya kepada seluruh wanita di negeri Perak ini.

Semoga usaha ini akan menjadikan PUBI Perak sebagai salah sebuah persatuan usahawan yang sangat kompeten serta aktif di dalam usaha membantu membangunkan usahawan di samping menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Insyallah..