KUNJUNG HOMAT KE IBU PEJABAT PINJI BOTANIC

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 20/2/2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah membuat membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Pinji Botanic Sdn Bhd di Taman Pinji Mewah, Ipoh Perak.

Kunjungan hormat ini telah diwakili Pengerusi Koperasi iaiitu En Sharul Rahman, Setiausaha Kehormat Saudara Mohamad Jamean dan seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu En. Mohd Fhami.

Mewakili pihak Pinji Botanic Sdn Bhd pula adalah Mr Lee Chalk Hian selaku Head of Operation Pinji Botanic Sdn Bhd.

Baca Lanjut

WHATSAPP DAH ADA “DARK MODE”, INI CARA NAK TUKAR MOD GELAP UNTUK IOS DAN ANDROID

TERKINI – WHATSAPP DAH ADA “DARK MODE”, INI CARA NAK TUKAR MOD GELAP UNTUK IOS DAN ANDROID

Terbaru Aplikasi Whatsapp akhirnya menawarkan fungsi ‘dark mode’ dengan tema berwarna gelap dan ia berfungsi untuk semua pengguna Android 10 dan IOS 13.

Untuk pengguna Android 9 juga boleh mengaktifkan tema gelap ini dalam menu tetapan Whatsapp.

Tema gelap ini akan berwarna hitam gelap pada iOS dan kelabu gelap pada Android. Ia merupakan satu-satunya ciri yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang.

Baca Lanjut

MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL – 01/2020

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 16hb Februari 2020 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak – Bil.01/2020 bagi sesi 2019/22 di MU Hotel, Ipoh Perak.

Baca Lanjut

KURSUS PENGURUSAN KOPERASI DALAM PEMASARAN HASIL

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 10hb Februari 2020 sehingga 13hb Februari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah dijemput untuk oleh pihak RISDA bagi mengendalikan Kursus Pengurusan Koperasi Dalam Pemasaran Hasil.

Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya di Kolej RISDA Negeri Pahang dan telah dihadiri oleh hampir 20 orang peserta yang terdiri daripada Pekebun Kecil yang bernaung di bawah RISDA.

Alhamdulillah, En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah hadir sebagai tenaga pengajar ini dan telah membimbing para peserta selama 4 hari 3 malam dengan pelbagai ilmu dan topik-topik yang berguna di dalam usaha membangunkan koperasi.

Baca Lanjut