
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 10hb Februari 2020 sehingga 13hb Februari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah dijemput untuk oleh pihak RISDA bagi mengendalikan Kursus Pengurusan Koperasi Dalam Pemasaran Hasil.
Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya di Kolej RISDA Negeri Pahang dan telah dihadiri oleh hampir 20 orang peserta yang terdiri daripada Pekebun Kecil yang bernaung di bawah RISDA.
Alhamdulillah, En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah hadir sebagai tenaga pengajar ini dan telah membimbing para peserta selama 4 hari 3 malam dengan pelbagai ilmu dan topik-topik yang berguna di dalam usaha membangunkan koperasi.

Peserta yang hadir telah menimba ilmu dengan banyak sekali dan boleh mempraktik ilmu-ilmu tersebut di dalam pengurusan koperasi yang telah ditubuhkan dan bakal ditubuhkan.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negara kita yang tercinta ini.
Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan.
Insyallah..
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..
En. Sharul Baha Bin Abd Rahman
Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
KOMEN TERKINI