KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 20/2/2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah membuat membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Pinji Botanic Sdn Bhd di Taman Pinji Mewah, Ipoh Perak.
Kunjungan hormat ini telah diwakili Pengerusi Koperasi iaiitu En Sharul Rahman, Setiausaha Kehormat Saudara Mohamad Jamean dan seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu En. Mohd Fhami.
Mewakili pihak Pinji Botanic Sdn Bhd pula adalah Mr Lee Chalk Hian selaku Head of Operation Pinji Botanic Sdn Bhd.
Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk membentangkan kertas kerja rancangan untuk mengadakan Hari Kelestarian Alam Peringkat Negeri Perak yang bakal berlangsung tidak lama lagi dan pihak kami berhasrat untuk mengadakan acara tersebut di Eco Park Bandar Seri Botani di bawah pengurusan syarikat ini.
Insyallah sebuah kerjasama erat bersama pihak Kerajaan Negeri Perak akan diadakan bagi memastikan kelestarian alam sekitar kita terpelihara serta menjamin masa depan anak cucu dan cicit kita pada masa hadapan.
Seluruh Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd juga sangat terharu dengan maklum balas yang diberikan sangat positif dan sama-sama kita doakan agar usaha ini dipermudahkan dan berjaya memberi impak ekonomi kepada anggota Kopubi Perak Bhd disamping memberi kesan yang besar kepada gerakan koperasi yang menjadi memangkin ekonomi negara pada masa hadapan.
Semoga dengan usaha ini, alam sekitar kita akan bebas daripada penggunaan ‘singgle plastik used’ yang bukan sahaja megamcam kehidupan di dunia malah akan meberi kesan yang buruk kepada alam sekitar kita.
Insyallah..
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..
Mohd Fhami Bin Mohamed Nordin
Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak
KOMEN TERKINI