PUBI PERAK MELANCARKAN PLATFORM KEDAI ONLINE YANG PERTAMA DI BANDAR IPOH

TERKINI: PUBI PERAK MELANCARKAN PLATFORM KEDAI ONLINE YANG PERTAMA DI BANDAR IPOH

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak di bawah Jawatankuasa Pembangunan Usahawan telah membangunkan platform jual-beli secara online yang menggunakan platform laman web dan dilengkapi dengan payment gateway sistem yang selamat dan sangat dipercayai.

Pelancaran Kedai Online ini adalah sebahagian daripada usaha Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) bagi mencapai objektif dan misi serta visi penubuhan persatuan ini sejak tahun 2016 yang lalu disamping membuka peluang kepada semua untuk memasarkan produk secara digital.

Oleh itu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ingin mempelawa para pengusaha-pengusaha produk, peniaga online serta usahawan IKS untuk meletak produk mereka di kedai online PUBI Perak bagi memasarkan produk-produk masing-masing keseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Baca Lanjut

SOP PKPB YANG KITA MESTI TAHU (UPDATED)

INFO: SOP PKPB YANG KITA MESTI TAHU (UPDATED)

Terkini, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 Nov -6 Disember 2020.

Kerajaan turut mengumumkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan diteruskan secara automatik serta bersambung lagi 4 minggu 9 Nov -6 Disember 2020.

Bersamalah kita mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Baca Lanjut