GERAN KHAS PRIHATIN RM912 JUTA AKAN DISALURKAN KEPADA 304,000 PKS MIKRO MULAI 30 NOV – TENGKU ZAFRUL

Tengku Zafrul berkata, di bawah GKP 1.0 lebih 545,000 PKS mikro telah menerima manfaatnya dengan jumlah bantuan sebanyak RM1.63 bilion. – Gambar Astro Awani

INFO: GERAN KHAS PRIHATIN RM912 JUTA AKAN DISALURKAN KEPADA 304,000 PKS MIKRO MULAI 30 NOV – TENGKU ZAFRUL

KUALA LUMPUR: Peruntukan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 meningkat kepada RM912 juta daripada peruntukan asal sebanyak RM600 juta, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata hampir 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak menerima, lebih daripada sasaran asal iaitu 200,000 PKS mikro.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan GKP 2.0 mulai 30 Nov, 2020,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 27 Nov di portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.

Setiap permohonan yang diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri telah disemak silang dengan data agensi kerajaan yang berkaitan termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Baca Lanjut