BATCH KEDUA STOK PRODUK ‘BIODEGRADABLE’

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 8hb Ogos 2020 yang lalu, batch kedua stok produk ‘Biodegradable’ telah tiba di Stor Sementara KOPUBI Perak Bhd untuk dipasarkan ke suluruh Negeri Perak.

Ini adalah sebahagian daripada projek yang diusahakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan ekonomi di Negeri Perak ini.

Untuk makluman semua, produk ‘Biodegradable’ adalah produk pengguna yang mesra alam, mudah urai dan senang dilupuskan secara semulajadi. Dengan penggunaan produk yang mesra alam ini kita mampu menyelamatkan bumi kita yang sedang tenat.

Baca Lanjut

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI PERKESO

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 05hb Ogos 2020 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) cawangan Tapah di Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd.

Alhamdulillah, Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak merangkap Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman telah menyambut kehadiran 4 orang pegawai tersebut dan diiringi oleh Timbalan Pengerusi PUBI Perak, En Mohamed Hemi dan juga Bendahari Kehormat PUBI Perak iaitu Pn Noorzalina.

Baca Lanjut