JACK MA DERMA RM57 JUTA UNTUK HASILKAN VAKSIN KORONAVIRUS

Photo : Google

TERKINI – JACK MA DERMA RM57 JUTA UNTUK HASILKAN VAKSIN KORONAVIRUS

Jack Ma, pengasas Ali Baba dan lelaki terkaya di China telah mendermakan RM57 juta ($14 juta)  melalui organisasinya untuk membantu mencari vaksin bagi coronavirus Wuhan.

Jutawan itu telah memperuntukkan sebanyak 40 juta Yuan bagi dua organisasi penyelidikan kerajaan China menurut kiriman yang telah dimuat naik di laman media sosial Organisasi Jack Ma.

Selain itu, menurut yayasan tersebut sisa dana akan digunakan untuk menyokong langkah pencegahan dan rawatan.

Derma atau dana itu diikuti dengan pengumuman yang dibuat oleh Ali Baba pada hari Sabtu yang telah menyediakan sebanyak 1 bilion Yuan untuk membeli bekalan perubatan untuk Wuhan dan wilayah Hubei, pusat wabak virus.

Baca Lanjut

OPERASI DITUTUP: 265 PEKERJA MAPS DIBERI PAMPASAN

TERKINI – OPERASI DITUTUP: 265 PEKERJA MAPS DIBERI PAMPASAN

IPOH – Seramai 265 orang pekerja yang diberhentikan berhubung notis penutupan Movie Animation Park Studios (MAPS) pada Selasa, 28 Januari 2020 bakal menerima pampasan.

Pengarah Syarikat Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), Zadrul Insan Mustadza memaklumkan bahawa keputusan berkenaan adalah hasil pertimbangan mendalam oleh Penerima Dan Pengurus Yang Dilantik.

Katanya, kesemua 256 orang pekerja yang diberhentikan serta merta tersebut sama ada berstatus kontrak atau tetap tersebut bakal menerima ganti rugi.

“Tindakan ini (penutupan) telah mengakibatkan 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak diberhentikan serta merta.

Baca Lanjut

KUNJUNG HORMAT SYARIKAT U KAMBING ENTERPRISE

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 20hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dikunjungi oleh Pengasas Syraikat U Kambing Enterprise iaitu Saudara Madzarul Yusof dari Chemor Perak.

U Kambing adalah salah sebuah syarikat di Negeri Perak yang mengusahakan ternakan kambing serta membekalkan daging mentah untuk tujuan kenduri, korban, aqiqah dan sebagainya.

Walaupun baru berusia 28 tahun, U Kambing yang diuruskan oleh Saudara Madzarul kini telah memiliki dua buah kandang di tanah seluas 2 ekar serta memiliki hampir 100 ekor kambing yang diternak dari lahir sehinggalah boleh dijual di pasaran.

Baca Lanjut