PROGRAM TEMU RAPAT PENIAGA PASAR MALAM PUBI PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Terkini pada 12hb Januari 2020 yang lalu, PUBI Perak melalui Jawatankuasa Pasar Malam dan Bazaar (JKPMB) PUBI Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Program Temu Rapat Peniaga Pasar Malam PUBI Perak.

Program ini melibatkan semua peniaga-peniaga Pasar Malam dan Bazaar anjuran PUBI Perak.

Turut hadir pada program ini adalah Pengerusi PUBI Perak, En Sharul Baha Abd Rahman dan diiringi oleh Ketua JK Pasar Malam dan Bazaar PUBI Perak iaitu Puan Noor Zalina Binti Mohd Yusof.

Baca Lanjut

TRAGEDI PANTAI TELUK BIDARA: SEMUA EMPAT MAYAT PELAJAR TELAH DITEMUI

Sumber : Bernama

BERITA – TRAGEDI PANTAI TELUK BIDARA: SEMUA EMPAT MAYAT PELAJAR TELAH DITEMUI

DUNGUN, 19 Jan – Keempat-empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), yang hilang dihanyutkan ombak ketika mandi manda di Pantai Teluk Bidara di sini Jumaat lepas, ditemukan mati lemas hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Sharikan Bustaman berkata mayat terakhir iaitu Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, ditemukan terapung pada 3 petang oleh pasukan penyelamat, kira-kira dua batu nautika dari Pantai Teluk Bidara.

Mohamad Amir Izzudin yang berasal daripada Air Keroh, Melaka adalah atlet silat olahraga negeri itu.

Baca Lanjut