20 PRODUK MILIK ROBERT KUOK YANG DIGUNAKAN SETIAP HARI YANG RAMAI TAK TAHU

INFO – 20 PRODUK MILIK ROBERT KUOK YANG DIGUNAKAN SETIAP HARI YANG RAMAI TAK TAHU

Sesuai dengan gelaran beliau sebagai Raja Gula, pastinya ramai yang mengetahui billionaire Robert Kuok berjaya mengumpulkan kekayaan melalui perniagaan gula beliau.

Namun apa yang ramai tidak tahu adalah untuk bergelar sebagai manusia paling kaya di Malaysia, Robert Kuok tidak hanya bergantung kepada perniagaan gulanya semata-mata sebaliknya beliau telah membina sebuah empayar perniagaan dengan melabur di dalam pelbagai jenis sektor perniagaan.

Selain bergelar The Richest Man in Malaysia, Robert Kuok turut dinobatkan sebagai manusia yang keenam terkaya di dalam Asia Tenggara dengan nilai aset sebanyak RM61.28 billion (Forbes).

Selain daripada dikenali ramai kerana kekayaan miliknya itu, Robert Kuok turut terkenal sebagai seorang media shy kerana sifat pemalunya untuk berhadapan dengan pihak media.

Baca Lanjut

SIAPA SANGKA, RAMLY BURGER KINI SEBUAH SYARIKAT BERNILAI RM1 BILLION

Kredit Photo : Berita Harian Online

INFO – SIAPA SANGKA, RAMLY BURGER KINI SEBUAH SYARIKAT BERNILAI RM1 BILLION

KUALA LUMPUR: Kumpulan Ramly (Ramly) atau popular dengan nama Ramly Burger iaitu pengusaha perniagaan daging sejuk beku dan burger, menyasar peningkatan pendapatan sebanyak 20 peratus kepada RM1.2 bilion pada tahun ini berbanding RM1 bilion pada 2019.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ramly Mokni, berkata sasaran itu berdasarkan kepada permulaan operasi kemudahan barunya di Selangor Halal Hub, Pulau Indah, Selangor pada Jun ini yang mampu meningkatkan penghasilan produk sebanyak enam kali ganda.

Beliau berkata, kemudahan berprestasi tinggi dan terbesar di rantau ini bakal menghasilkan produk burger, frankfurter, nugget dan meatball dengan lebih banyak dan cepat iaitu pada kadar 5 tan sejam bagi setiap satu produk untuk fasa pertama.

Baca Lanjut