DULU PAKAI KERETA KANCIL, KINI MAMPU BELI AUDI HASIL TITIK PELUH JUAL AYAM

BENARLAH KATA ORANG, DI SEBALIK KEJAYAAN SEORANG LELAKI, PASTI ADA WANITA HEBAT YANG SENTIASA MEMBERI SOKONGAN DI BELAKANGNYA.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Lan berkongsi di laman Facebook mengenai hidupnya bersama isteri, Nur Amyza Ismail dalam membangunkan perniagaan ayam segar milik mereka.

Menurut Lan, segala usaha dan penat jerih mereka selama lebih 10 tahun kini membuahkan hasil apabila dikurniakan sedikit kesenangan oleh Yang Maha Esa.

Baca Lanjut

MAJLIS TANDATANGAN MOU KOPUBI PERAK BHD DAN D’AMAN RESIDENSI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 15hb Disember 2019 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menandatangani sebuah MOU kerjasama strategik di antara Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) dengan Pemaju Perumahan D’Aman Residensi Sdn Bhd.

Kerjasama tersebut termasuklah pakej penjualan 30 unit rumah apartment mampu milik D’Aman Residensi kepada anggota koperasi dengan tawaran yang sangat menarik seperti deposit pembelian serendah RM100, percuma yuran guaman SPA & Yuran Guaman Bank serta Skim Guaranteed Rental Return (GRR) 6% (2+2) atau RM10K cash back kepada anggota koperasi yang ingin mendiami apartment tersebut.

Baca Lanjut

PROGRAM TEMU RAPAT KUMPULAN PUBI 2019

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR

Kumpulan PUBI adalah sebuah entiti yang menggabungkan 3 buah entiti yang utama iaitu Persatuan Usahawan Bersatun Ipoh Perak (PUBI Perak), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) telah menganjurkan sebuah program yang sangat-sangat julung kali di adakan.

Program yang dimaksudkan adalah ‘Program Temu Rapat Kumpulan PUBI 2019 di mana program yang sangat bermanfaat ini telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Desa Perwira, Rapat Setia Ipoh Perak pada 15hb Disember 2019 yang lalu.

Program ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Majlis Tertinggi Kumpulan PUBI yang dipengerusikan oleh En. Sharul Baha Bin Abd Rahman di mana ianya turut melibatkan Ahli Peniaga Pasar Malam anjuran PUBI Perak.

Baca Lanjut

MESYUARAT ANGGOTA KABINET KUMPULAN PUBI 2019

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR

Bagi mempersiapkan diri setiap anggota Ahli Jawatankuasa Kumpulan PUBI yang diberi tanggungjawab yang sangat besar ini.

Sebuah Mesyuarat Anggota Kabinet Kumpulan PUBI 2019 akan diadakan tidak lama lagi yang mana mana akan menghimpunkan lebih 30 individu yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Induk dan AJK Kecil PUBI Perak, Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd dan juga Ahli Majlis Tertinggi Kelab Belia PUBI.

Baca Lanjut