PENGUTIP SAMPAH KINI USAHAWAN BERJAYA

IKON USAHAWAN MUDA, MUHAMMAD AZLAN ABDULLAH @ ALI YANG BERUSIA 32 TAHUN MEMBUKUKAN  KISAH HIDUPNYA DENGAN TAJUK ‘RAHSIA PENGUTIP SAMPAH JADI JUTAWAN’.

Muhammad Azlan yang juga pemilik syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd itu turut bersyukur apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan telah menjadi inspirasi kepada orang lain.

Menurut Azlan, keberkatan dan rezeki sebenarnya bergantung kepada hubungan dengan Allah.

“Kita perlu sedar keberkatan, kesempitan atau kemurahan rezeki bergantung kepada hubungan kita dengan ALLAH. Jika kita ada masalah hubungan dengan ALLAH, rezeki sempit.”

Baca Lanjut

JOM DAFTAR – BENGKEL INTENSIF & LATIHAN ONLINE MARKETING

PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN DI SAMPING MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Bengkel tersebut adalah Bengkel Intensif & Latihan Online Marketing di mana melalui bengkel ini peserta akan mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk meningkatkan jualan serta jenama masing-masing melalui platform media sosial dan digital marketing.

Kami sangat faham kepentingan pemasaran di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.

Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.

Baca Lanjut