KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN TELAH MENGGARISKAN BEBERAPA MANFAAT UNTUK DINIKMATI OLEH SETIAP AHLI DAN ANGGOTA BERDAFTAR YANG BERNAUNG DI BAWAH PAYUNG KUMPULAN INI.
Terkini pada Program Temu Rapat Kumpulan PUBI yang telah berlangsung pada 15hb Disember 2019 yang lalu, Kumpulan PUBI telah mengumumkan beberapa insentif sebagai ahli persatuan dan juga ahli Pasar Malam anjuran PUBI Perak.
Kumpulan PUBI sangat yakin dan berharap agar dengan pengumuman ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat kekitaan serta semangat bepersatuan di kalangan ahli dan anggota disamping akan menyatu-padukan kita di bawah satu payung yang memupuk semangat keusahawanan yang tinggi.
Antara insentif yang telah diumumkan adalah seperti berikut;
- Insentif Khairat Kematian untuk ahli dan anggota keluarga Kumpulan PUBI
- Insentif Bantuan Persekolahan Kumpulan PUBI
- Insentif Anugerah Intelek Kumpulan PUBI
- Insentif ‘Member get Member PUBI Perak’
- Skim Perumahan Mampu Milik D’Aman Residensi Meru Raya
Pihak pengurusan Kumpulan PUBI di bawah Jawatankuasa Majlis Tertinggi telah mengeluarkan garis panduan serta syarat-syarat kelayakkan insentif-insentif seperti yang dinyatakan di atas dan sudah pasti akan dinikmati oleh hampir 500 orang yang terdiri daripada Ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak), Anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI), Ahli Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) dan juga ahli-ahli Pasar Malam anjuran PUBI Perak yang berdaftar secara rasmi.
Oleh yang demikian, Kumpulan PUBI ingin menyeru seluruh Ahli PUBI Perak, Anggota KOPUBI, Ahli Kelab Belia PUBI dan Ahli Pasar Malam PUBI Perak untuk mengambil peluang dan kesempatan yang diberikan ini dan permohonan untuk insentif ini telah dibuka sekarang juga!
Borang-borang permohonan boleh didapati di Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak mulai hari ini.
Cepat-cepat jangan lepaskan peluang keemasan ini dan jangan lupa kongsikan berita baik ini kepada rakan-rakan taulan serta saudara-mara anda semua.
Ajaklah mereka untuk menyertai mana-mana entiti di bawah Kumpulan PUBI dan bersama akan menikmati kelebihan serta manfaat yang ditawarkan. Insyallah..
Kumpulan PUBI adalah sebuah gabungan yang mengabungkan 3 buah entiti di bawah satu payung di mana kumpulan ini menjadi penggerak utama gerakan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya.
Melalui gabungan ini, wadah dan perjuangan dalam sektor keusahawanan dapat di bawa dan akan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus maju di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar.
Semoga kumpulan ini akan melahirkan lebih ramai usahawan yang bertaraf jutawan yang beriman serta memberi manfaat kepada agama, negara dan juga bangsa.
En. Mohd Fhami Mohamed Nordin
Timbalan Pengerusi Kumpulan PUBI
KOMEN TERKINI