PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 06hb September 2023 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menghadiri sebuah program anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) iaitu program Taklimat Prosedur Permohonan Pensijilan Halal.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kursus Rahsia Pembikinan Video Serta Teknik Pemasaran
Program dengan kerjasama agensi-agensi usahawan Perak ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Tower Regency & Residence, Ipoh Perak.
Tetamu kehormat pada program ini adalah S.S. Tuan Haji Harith Fadzilah bin Abdul Halim selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan telah menyempurnakan Majlis Perasmian pada program tersebut.
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke program ini adalah Tuan Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul Rahman.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai prosedur permohonan Pensijilan Halal Malaysia kepada usahawan dan bakal usahawan di Negeri Perak ini.
Alhamdulillah dengan kehadiran PUBI Perak ke program ini maka segala input-input terkini telah diterima dengan baik serta akan dipraktikkan pada masa hadapan bagi memantapkan lagi sektor keusahawanan di Negeri Perak ini disamping memberi impak tersendiri kepada ekonomi di Negeri Perak.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama agensi-agensi usahawan Perak kerana mengadakan program ini dan semoga program yang berimpak tinggi seumpama ini akan dapat terus diadakan pada masa hadapan.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan sentiasa menyokong usaha-usaha murni yang telah dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga usahawan di Negeri Perak terus mampan dan berdaya saing seterusnya Berjaya pada masa hadapan dan semoga PUBI Perak terus maju sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI