PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 10hb September 2023 yang lalu, telah berlangsung sebuah Majlis Keraian Komuniti Persatuan anjuran Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG) di MP BBQ Steamboat, Greentown, Ipoh Perak.

Alhamdulillah, pada majlis ini Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah diundang sebagai tetamu dan mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan dan juga Saudara Mohamad Nafis selaku Bendahari Persatuan.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Taklimat Prosedur Permohonan Pensijilan Halal

Turut hadir pada Majlis ini adalah En. Jaafar selaku Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG), Pak Din selaku Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Perkasa (PERKASA) dan En. Razak selaku Pegawai mewakili Majlis Bandaraya Ipoh serta Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh dan wakil-wakil Majlis Bandaraya Ipoh.

Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan ahli-ahli Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG) dan rakan-rakan komuniti di dalam usaha memertabatkan serta merapatkan hubungan di kalangan persatuan dan juga komuniti.

Alhamdulillah, majlis yang dianjurkan ini berjalan dengan lancar dan hubungan yang terjalin ini akan diperkukuhkan pada masa hadapan demi peniaga-peniaga pasar malam di Daerah Kinta.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju bersama di dalam gabungan yang berjaya ditubuhkan dan berdaya saing sebagai sebuah Gabungan Persatuan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBI #NGOUsahawan #CaknaEkonomiBangsa