KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 13hb Jan 2024 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-04/2023 bagi sesi tahun 2023/2024 bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd di Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat JawatanKuasa Juruaudit dalaman ini telah dipengerusikan oleh Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman Koperasi serta dihadiri oleh dua orang Ahli Jawatankuasa iaitu Pn Noor Azlina dan juga En Mohamad Nafis.

Turut hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Dalaman ini bagi memantau proses-proses audit yang dijalankan oleh pihak Juruaudit Dalaman adalah Bendahari Koperasi iaitu En Firdaus, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha dan En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Ahli Lembaga KOPUBI Bil 04/2023

Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk menjalankan sesi audit secara berkala ke atas akaun-akaun kewangan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd serta mencadangkan penambahbaik berkaitan dengan kewangan supaya prestasi kewangan Koperasi ini dapat dipertingkatkan.

Untuk makluman semua, ini adalah mesyuarat Keempat (terakhir) Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd bagi tahun kewangan 2023 dan segala dokumentasi akaun yang telah diaudit oleh pihak Juruaudit Dalaman ini akan diserahkan kepada pihak Juruaudit luar yang telah dilantik oleh pihak KOPUBI dengan kebenaran SKM bagi proses pengauditan seterusnya.

Setinggi tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Juruaudit Dalaman ini yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat yang diadakan ini serta menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh anggota kepada mereka.

Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa