KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 21hb Mac 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput oleh ANGKASA Negeri Perak untuk hadir ke sebuah program iaitu Taklimat Peluang Perniagaan Coop Umrah dan Wasiat.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak dan telah dihadiri oleh hampir 40 peserta anggota koperasi dari seluruh negeri Perak. Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke program ini adalah Tuan Pengerusi koperasi En Sharul Rahman dan Ahli Jawatankuasa JKJAD iaitu En Mohamad Nafis.
Program ini telah dihadiri oleh koperasi-koperasi yang berdaya maju di daerah kinta dan turut melibat koperasi-koperasi di Negeri Perak yang turut bersama-sama di dalam usaha menyemarakkan gerakan koperasi pada masa kini.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Program Turun Padang Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP)
Tetamu VIP bagi majlis ini adalah YBrs Tuan Haji Mohd Rosli bin Haji Basri selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak yang hadir bagi merasmikan acara pembukaan program ini.
Program yang dianjurkan ini terlalu padat dengan pengisian serta input-input yang sangat berguna untuk gerakan koperasi di Negeri Perak ini serta peluang-peluang yang boleh diceburi oleh setiap koperasi.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI