PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 18hb Mac sehingga 22hb Mac 2023 yang lalu, persiapan pembukaan bazar ramadan 2023 anjuran PUBI Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah giat dijalankan bertempat di tapak bazar ramadan di Taman Temara dan juga di Station 18, Ipoh Perak Darul Ridzuan.

AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Mesyuarat AJK Induk PUBI Perak Bil – 01/2023

Khemah-khemah bazar telah dipasang oleh kontraktor di tapak bazar ramadan tersebut di mana sebanyak 25 buah khemah telah didirikan di Taman Temara dan sebanyak 15 buah khemah didirikan di Station 18, Ipoh Perak.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan bersama Ahli Jawatankuasa En Khairul Akmal telah hadir sewaktu persiapan ini dijalankan dan turut memantau situasi semasa demi memastikan kelancaran operasi persiapan tersebut berjalan dengan lancar serta mengikut jadual.

Beliau selaku pengerusi Kumpulan PUBI juga telah menaikkan bendera kebanggaan persatuan di hujung kedua-dua belah khemah di setiap bazar bagi mengekalkan identiti persatuan di kawasan bazar ramadhan ini serta telah menjadi trasdisi bendera persatuan akan dinaikkan di kawasan bazar ramadan anjuran PUBI Perak.

Pada tahun 2023 ini seramai hampir 55 orang peniaga telah bersedia untuk memasuki bazar ini pada 1 Ramadhan yang mana melibatkan lebih 75 petak/tapak bazar yang telah disediakan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) di kedua-dua lokasi tersebut.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI juga telah menaikkan bendera kebanggaan persatuan di hujung kedua-dua belah khemah di setiap bazar bagi mengekalkan identiti persatuan di kawasan bazar ramadhan ini serta telah menjadi trasdisi bendera persatuan akan dinaikkan di kawasan bazar ramadan anjuran PUBI Perak.

Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada tahun ini telah tercapai dengan izinNya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah penganjur bagi Bazar Ramadan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak