PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 24hb Mac 2023 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan Program Turun Padang ke Bazar Ramadan Taman Temara Ipoh Perak di mana telah melibatkan AJK Persatuan dan juga wakil daripada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Persiapan Bazar Ramadan Anjuran PUBI Perak 2023

Pada program tersebut dua orang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh iaitu Clr Ahmad Farid Walit dan Clr Basri telah sudi hadir sebagai Tetamu Kehormat bagi menyampaikan Apron dan jugu Topi Majlis Majlis Bandaraya Ipoh seterusnya menyerahkan lesen perniagaan bazar ramadan sementara kepada peniaga-peniaga di Bazar Ramadan Taman Temara.

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pula adalah dua orang Ahli Jawatankuasa iaitu Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Persatuan serta dua orang AJK PUBI Perak iaitu Pn Jamaliah Md Yatim dan juga En Khairul Akmal.

Alhamdulillah, Program Turun Padang ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya di mana para peniaga telah disantuni serta menerima sumbangan Apron dan juga Topi bertema Bazar Ramadan di samping itu Lesen Perniagaan Bazar Ramadan mereka juga telah diserahkan.

Pada tahun 2023 ini seramai hampir 55 orang peniaga telah menjalankan aktiviti perniagaan di Bazar Ramadan Taman Temara ini yang mana melibatkan hampir 25 buah khemah yang telah disediakan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pula adalah dua orang Ahli Jawatankuasa iaitu Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Persatuan serta dua orang AJK PUBI Perak iaitu Pn Jamaliah Md Yatim dan juga En Khairul Akmal.

Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada tahun ini telah tercapai dengan izinNya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah penganjur bagi Bazar Ramadan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak