PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 11hb September 2023 yang lalu, telah berlangsung sebuah program anjuran bersama Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak, CGC Cawangan Negeri Perak dan juga Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bertempat di Pejabat Urusan CGC Malaysia Berhad, Greentown Ipoh Perak.

Program yang sangat bermanfaat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan serta memberi pendedahan tentang kepentingan pengurusan kewangan serta tatakelola yang baik di dalam menjalankan perniagaan terutamatnya di kalangan PKMS.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Keraian Komuniti Persatuan

Program ini telah disertai Ahli-ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Anggota KOPUBI Perak Bhd dan juga peserta-peserta PEKB 2023 di bawah seliaan PUBI Perak.

Sebelum program ini bermula, Pn. Punitha Jeyabalan selaku Pengurus CGC Cawangan Ipoh telah memberi sedikit ucapan pembukaan dan mengalukan kehadiran para peserta yang terlibat di dalam program tersebut.

Turut hadir pada acara pembukaan program ini adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI dan En. Khusairi Abu Kassim selaku Timbalan Pengurus CGC Cawangan Ipoh.

Seterusnya program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh wakil daripada pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu Pn. Tung Ka Yin, selaku Ketua Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) cawangan Ipoh, Perak.

Alhamdulillah, program yang dirancang ini telah berjalan dengan baik di mana para peserta telah menimba pelbagai ilmu yang berguna dan mendapat manfaat yang berimpak tinggi serta akan memberi kesan kepada kebaikan perniagaan masing-masing.

Pada program itu juga, Pn. Tung Ka Yin turut memperkenalkan sebuah aplikasi kewangan yang berupaya membantu pengurusan kewangan PMKS iaitu MyBijakNiaga Toolkit di mana aplikasi ini telah direka khusus oleh pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

En Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI berkesempatan untuk bergambar dengan Pn. Punitha Jeyabalan selaku Pengurus CGC Cawangan Ipoh dan En. Khusairi Abu Kassim selaku Timbalan Pengurus CGC Cawangan Ipoh pada program tersebut.

MyBijakNiaga ialah aplikasi diagnostik perakaunan digital yang boleh digunakan oleh pemilik perniagaan mikro dan kecil untuk merekodkan transaksi perniagaan mereka dan menyediakan penyata kewangan.

Ia juga boleh menyimpan dokumen sokongan untuk rujukan masa hadapan untuk perniagaan, kerana dokumen ini penting untuk perniagaan mengembangkan atau mendapatkan pembiayaan.

Selain itu, pengguna boleh melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas prestasi perniagaan mereka dan mendapatkan nasihat tentang kedudukan perniagaan semasa mereka, semuanya daripada satu alat mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Semoga dengan berjayanya program ini akan melahirkan golongan usahawan yang kompiten serta berdaya maju di samping melahirkan kumpulan usahawan yang berjaya pada masa hadapan di Negeri Perak ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan