KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 13hb September 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menghadiri ke sebuah program yang berimpak tinggi iaitu Bicara Ilmu Memperkasa Perusahaan Sosial Dalam Kalangan Koperasi.
Program ini adalah jalinan kerjasama di antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak.
Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke program yang gilang gemilang ini adalah Tuan Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi iaitu En. Haizul Fakarudin. Menghadiri ke program ini juga adalah Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Koperasi dan barisan Ahli Lembaga seperti Pn Norhuda, En. Khairul Akmal dan juga En. Safuan.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM: Perjumpaan Bersama Juruaudit Koperasi
Turut hadir adalah Barisan Juruaidit Dalaman Koperasi yang diketuai oleh Pn Jamaliah dan Ahli Jawatankuasanya iaitu Pn Nor Azlina dan Saudara Mohamad Nafis serta seorang Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung iaitu Saudara Aiman.
Program yang berlangsung ini telah dihadiri oleh koperasi-koperasi yang berdaya maju di daerah kinta dan turut melibat koperasi-koperasi di Negeri Perak yang turut bersama-sama di dalam usaha menyemarakkan gerakan koperasi pada masa kini.
Syukur Alhamdulillah, majlis perasmian program bicara ilmu ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pn. Salbiah Mohamed selaku Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak.
Tetamu VIP bagi majlis perasmian ini adalah Yang Berbahagia Datuk Mohd Ali bin Mansor selaku Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan turut hadir adalah Pengerusi ANGKASA Negeri Perak iaitu Tn. Hj. Mohd. Rosli Hj. Basri.
Program yang dianjurkan ini terlalu padat dengan pengisian serta input-input yang sangat berguna untuk gerakan koperasi di Negeri Perak ini dan sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada gerakan koperasi di Negeri Perak ini.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI