MANGSA PUDING BUIH PERTAMA MENINGGAL

TERKINI: MANGSA PUDING BUIH PERTAMA MENINGGAL

WANITA yang menjadi mangsa keracunan puding buih meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hari ini.

Mangsa berusia 25 tahun dari Marang menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ pada 10.40 pagi akibat kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.

Mangsa bersama beberapa ahli keluarganya dimasukkan ke HSNZ selepas makan puding itu yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.

Baca Lanjut

IBU, EMPAT ANAK RENTUNG

KEBAKARAN – IBU, EMPAT ANAK RENTUNG

IBU bersama empat anak lelakinya rentung dalam kebakaran di Kampung Binsuluk, Membakut, hari ini.

Mangsa Aishah Jumat, 58, meninggal dunia bersama empat anak lelakinya iaitu Dzulkarnain Othman, 34; Dzulnisham, 27; Rozaini, 26; dan Rosdi, 24.

Dalam kejadian itu juga, dua lagi anaknya berusia 29 dan 25 tahun cedera melecur dan dirawat di Hospital Beaufort.

Baca Lanjut

‘LULUH HATI KAMI…’

Nur Ara Raisha berusia satu tahun setengah di percayai terjatuh ke dalam kolam

TRAGEDI – ‘LULUH HATI KAMI…’

“DIA satu-satunya anak kami, puas saya mencarinya sekeliling rumah namun tidak jumpa.

“Luluh hati ini sebaik dimaklumkan dia lemas,” kata Shaiful Lizam Mat Hudin, selepas mayat anaknya ditemui mati lemas di dalam kolam bersebelahan rumahnya di Kampung Bukit Merah, Paka, Dungun, petang tadi.

Shaiful Lizam, 21, anaknya, Nur Ara Raisha berusia satu tahun setengah di percayai terjatuh ke dalam kolam terbabit, kira-kira jam 5.15 petang.

Baca Lanjut

DUKA WAKTU BERBUKA, KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 12 KETIKA IBU TURUN AMBIL JUADAH

TRAGEDI – DUKA WAKTU BERBUKA, KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 12 KETIKA IBU TURUN AMBIL JUADAH

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Ampang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada kira-kira pukul 6.45 petang daripada seorang pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang semasa bapa kanak-kanak itu tiada di rumah, manakala ibunya pula turun ke bawah bangunan untuk mengambil juadah berbuka puasa.

Baca Lanjut