“SEMOGA MENDAPAT SYAHID…” – PU AZMAN TITIP DOA BUAT ARWAH TIGA BERADIK LEMAS

KISAH KEHIDUPAN: “SEMOGA MENDAPAT SYAHID…” – PU AZMAN TITIP DOA BUAT ARWAH TIGA BERADIK LEMAS

Pada Syawal yang kelima, Malaysia digemparkan dengan berita tragedi tiga beradik meninggal dunia setelah lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

Dimaklumkan, mayat ketiga-tiga beradik sudah pun ditemui oleh pasukan penyelamat dan jenazah telah dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Limbat, Bukit Payung, Marang.

Tragedi yang menimpa tiga beradik ini nyata menyentuh hati ramai, termasuklah pendakwah selebriti, PU Azman yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Baca Lanjut

3 BERADIK LEMAS: MAYAT TERAKHIR TIGA BERADIK DITEMUI

3 BERADIK LEMAS: MAYAT TERAKHIR TIGA BERADIK DITEMUI

OPERASI mencari dan menyelamat tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, petang semalam berakhir dalam tempoh 24 jam apabila ketiga-tiga mangsa ditemui hari ini.

Mayat ketiga-tiga mangsa, Umar Iskandar Mohd, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Md Hilman Abdul Rashid berkata, pihaknya memulakan operasi sebaik menerima laporan kejadian jam 6.30 petang semalam.

Baca Lanjut

IBU, EMPAT ANAK RENTUNG

KEBAKARAN – IBU, EMPAT ANAK RENTUNG

IBU bersama empat anak lelakinya rentung dalam kebakaran di Kampung Binsuluk, Membakut, hari ini.

Mangsa Aishah Jumat, 58, meninggal dunia bersama empat anak lelakinya iaitu Dzulkarnain Othman, 34; Dzulnisham, 27; Rozaini, 26; dan Rosdi, 24.

Dalam kejadian itu juga, dua lagi anaknya berusia 29 dan 25 tahun cedera melecur dan dirawat di Hospital Beaufort.

Baca Lanjut

DUA TENTERA MAUT PULANG MESYUARAT

KEMALANGAN – DUA TENTERA MAUT PULANG MESYUARAT

DUA tentera yang baru pulang dari satu mesyuarat di Kuala Lumpur maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Lebu di Bentong, petang tadi (Semalam).

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, dua mangsa menaiki kereta jenis Proton Saga dan dalam perjalanan ke Kem Mempaga dilapor bertembung dengan sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusof Unis berkata, dalam kejadian itu, Koperal Azizul Azmy, 33, berasal dari Taman Bercham Raya, Ulu Kinta, Perak yang juga pemandu kereta itu Proton Saga itu maut ditempat kejadian akibat parah di kepala.

Baca Lanjut