COVID-19: SASAR SIFAR KES MENJELANG PERTENGAHAN JULAI – KP KESIHATAN
PUTRAJAYA, 24 Julai — Susulan keadaan COVID-19 di Malaysia yang kini terkawal, Kementerian Kesihatan mengunjurkan sifar kes positif baharu dapat dicapai menjelang pertengahan Julai dengan syarat rakyat mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pemodelan kementerian mendapati sasaran berkenaan boleh dicapai sekiranya SOP, terutama dalam penjarakan sosial, memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan atau menggunakan pensanitasi tangan diamalkan sepenuhnya.
Angka kes jangkitan baharu yang kecil, jumlah pesakit yang dibenarkan keluar hospital yang tinggi serta kadar kematian yang rendah memberi keyakinan bahawa sasaran itu dapat dicapai, katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini situasi COVID-19 negara, di sini hari ini.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI