BAYI SEMBILAN BULAN MAUT TERTINGGAL DALAM KERETA

Kredit Photo – Bernama

TERKINI – BAYI SEMBILAN BULAN MAUT TERTINGGAL DALAM KERETA

KUANTAN, 17 Feb  — Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut, dipercayai selepas bapanya terlupa mangsa berada dalam kereta semasa keluar bekerja di Kompleks Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa ditemukan bapanya yang berusia 38 tahun dalam keadaan terbaring di kerusi bayi di tempat duduk belakang kereta semasa hendak keluar makan tengah hari. 

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik (semuanya perempuan), iaitu berusia enam dan 10 tahun dipercayai telah berada dalam kereta jenis Perodua Alza dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Baca Lanjut

TONY FERNANDES LEPAS JAWATAN CEO AIRASIA

Susulan dakwaan rasuah Airbus itu, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd, Kamarudin Meranun juga meletakkan jawatannya – Malaysiakini

TERKINI – TONY FERNANDES LEPAS JAWATAN CEO AIRASIA

Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd (AAGB) Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes, akan melepaskan jawatan eksekutif mereka dalam kumpulan, berkuat kuasa serta merta, berikutan siasatan rasuah Airbus.

Syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata pelepasan itu akan berjalan untuk tempoh dua bulan atau satu tempoh lain yang dianggap sesuai.

Berikutan keadaan ekonomi semasa yang dihadapi oleh industri syarikat penerbangan, sebuah Jawatankuasa Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif yang ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah AAGB telah memutuskan untuk mengekalkan mereka sebagai penasihat kepada syarikat dalam tempoh dua bulan tersebut.

Baca Lanjut

TAMAN TEMA MAPS DITUTUP BERKUAT KUASA HARI INI

Photo – Google

TERKINI – TAMAN TEMA MAPS DITUTUP BERKUAT KUASA HARI INI

IPOH, 28 Jan — Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali, menurut notis berkenaan.

Baca Lanjut