PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini, Pada 30hb Ogos 2024 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah pengadakan sebuah sesi taklimat batch kedua berkaitan sebuah program yang bakal dijalankan iaitu ‘Artificial Intelligence’ Memajukan Strategi Pemasaran.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Taklimat Program ‘Artificial Intelligence’ (Batch 1)

Taklimat ini telahpun dikendalikan oleh wakil daripada KINGS University College yang mana institusi ini merupakan rakan strategik bagi mengendalikan program ini dengan kerjasama PUBI Perak.

Turut hadir secara di dalam talian mewakili PUBI Perak adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak manakala mewakili KINGS University College pula adalah Cik Ellanie Hanafi selaku Pengurus Projek bagi prorgam yang dirancang ini.

Seramai hampir 20 orang bakal peserta program ini telah menyertai sesi taklimat yang dianjurkan buat kali kedua ini dan telah diberi penerangan berkaitan syarat-syarat kelayakan serta dokumen-dokumen yang diperlukan.

Untuk makluman semua, PUBI Perak telah menjalinkan sebuah kerjasama strategik dengan KINGS University College bagi menjayakan sebuah program keusahawanan yang bertajuk Program ‘Artificial Intelligence’ Memajukan Strategi Pemasaran Anda.

Turut hadir secara di dalam talian mewakili PUBI Perak adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak manakala mewakili KINGS University College pula adalah Cik Ellanie Hanafi selaku Pengurus Projek bagi prorgam yang dirancang ini.

Program yang berimpak tinggi ini dijangka akan dijalankan pada bulan Oktober 2024 dengan mengenakan bayaran secara PERCUMA dan ditanggung sepenuhya oleh pihak penganjur dan dijangka memberi manfaat yang besar kepada peserta yang bakal dipilih untuk menyertai prorgram ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin ingin mengucapkan setinggi terima kasih serta penghargaan kepada pihak KINGS University College dan juga Cik Ellanie Hanafi kerana sudi meluangkan masa bagi menjalankan sesi taklimat yang sangat bermanfaat ini.

Untuk makluman semua, PUBI Perak akan sentiasa menyokong usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga usaha-usaha yang bakal dilaksanakan ini akan berupaya membantu usahawan seperti mana diimpikan dan semoga ekonomi di Negeri Perak terpacu dengan jayanya.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan #KursusKeusahawanan #KINGSuniversity

Leave a Reply