PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini, pada 6hb Ogos 2024 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menerima kunjungan daripada wakil KINGS University College ke Pejabat Urusan Kumpulan PUBI bagi berjumpa dan berbincang dengan Pihak PUBI Perak bagi menjayakan sebuah program keusahawanan.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Pembentangan Permohonan Program Kebajikan Bersama Yayasan Hasanah

Mewakili KINGS University College pada pertemuan ini adalah Pn Farah Dinie selaku Ketua Jabatan Bahagian Komunikasi Korporat dan juga Cik Ellanie Hanafi selaku Pengurus Projek manakala mewakili PUBI Perak bagi menerima kunjungan ini pula adalah Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul Rahman dan En Mohamad Nafis selaku Bendahari Persatuan .

Tujuan utama pertemuan ini adalah bagi membincangkan kolabrasi bersama bagi menjayakan sebuah program keusahawanan yang bertajuk Program ‘Artificial Intelligence’ memajukan strategi pemasaran anda.

Antara lain perjumpaan ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua buah entiti ini serta membincangkan usahasama strategik yang bersesuaian di antara satu sama lain demi masa depan yang lebih baik dan gemilang untuk para usahawan di negeri Perak ini.

May be an image of 4 people, people studying, newsroom and text
Kerjasama Mantap Demi Kejayaan Usahawan Perak.

Kedua-dua belah pihak telah mengambil peluang untuk memperkenalkan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka kepada Usahawan di Negeri Perak terutamanya di Bandaraya Ipoh serta menerangkan kebaikan serta manfaat masing-masing.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin ingin mengucapkan setinggi terima kasih serta penghargaan kepada Pn Farah Dinie dan juga Cik Ellanie Hanafi kerana sudi hadir kepada Pejabat Kumpulan PUBI.

Untuk makluman semua, PUBI Perak akan sentiasa menyokong usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga usaha-usaha yang bakal dilaksanakan ini akan berupaya membantu usahawan seperti mana diimpikan dan semoga ekonomi di Negeri Perak terpacu dengan jayanya.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan #KursusKeusahawanan #KINGSuniversity

Leave a Reply