PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 4hb Mei 2020 yang lalu. En Sharul Rahman bersama En. Jaafar selaku Pengerusi Persatuan Penjaja-penjaja Kecil Melayu Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG) dan En. Kamal selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja Perniaga Kecil Melayu Perkasa Perak (PERKASA) telah hadir ke pejabat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak di Bangunan KWSP Ipoh, Perak untuk menyerahkan Memorandum Persatuan-Persatuan Penjaja Daerah Kinta dan Bandaraya Ipoh bagi memohon kebenaran Penjaja Bazaar Ramadhan beroperasi mengikut kaedah serta SOP yang ditetapkan oleh Pihak Kerajaan.

AKTIVTI PERSATUAN SEBELUM INI: Perjumpaan Dengan YB Arafat

Mereka juga telah mengemukakan beberapa cadangan serta kaedah yang bersesuaian dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

En Sharul Rahman telah hadir mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak merangkap pengerusi Persatuan dan
turut hadir semasa sesi penyerahan ini adalah YB Muhamad Arafat selaku ADUN Hulu Kinta.

Semoga usaha ini membuahkan hasil dan mampu membuka peluang kepada peniaga-peniaga serta penjaja kecil di bawah persatuan naungan kami untuk menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing.

Mereka adalah golongan yang terputus pendapatan ekoran penularan wabak penyakit Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

Insyallah

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Insyallah

En. Sharul Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI