PENGERUSI PUBI PERAK KOMITED LANCARKAN PROGRAM TUNAS HARAPAN 2019 PUBI PERAK.

Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang sangat mulia ini. PUBI Perak menerusi Program TUNAS HARAPAN 2019 akan membantu sebuah Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Ar-Ridwani Ipoh Perak di Kampung Manjoi, Perak.

Hasil daripada lawatan kami ke pusat kebajikan ini, kami dapati ada beberapa keperluan dan bantuan yang sangat perlu diambil tindakan segera iaitu;

1. Perbelanjaan pengurusan serta fasiliti Rumah Kebajikan.
2. Kos perbelanjaan tambahan penghuni yang mengikuti kelas agama serta kelas (tuisyen) tambahan setiap hari.
3. Perbelanjaan harian seperti makan dan minum serta duit belanja ke sekolah.

Pengerusi PUBI Perak dan Timbalan beliau sedang beramah mesra dengan En. Abdul Wahadi Bin Hj. Abdul Wahab.

Menurut penyelia di pusat kebajikan ini iaitu En. Abdul Wahadi Bin Hj. Abdul Wahab yang merupa pengerusi Pertubuhan ini serta Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perak (PEYATIM Perak), seramai 20 orang murid dari golongan anak yatim dan miskin telah menetap di sini. Di mana 15 orang berumur di bawah 12 tahun dan 5 berumur lebih 12 tahun.

Sehubungan dengan itu, pihak PUBI Perak sangat berbesar hati untuk melancarkan dana kutipan Program Tunas Harapan 2019 PUBI Perak untuk disalurkan kepada pusat jagaan ini bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dinyatakan di atas.

Kami sangat merayu kepada semua golongan masyarat untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai ataupun segala bentuk bantuan yang bersesuaian.

Anda boleh menghubungi Ketua JK Kebajikan dan Kerohanian PUBI Perak iaitu Cik Mawardah melalui talian telefon +6011 1043 3367 atau anda boleh terus whatsapp melalui link ini untuk pertanyaan dan sebagainya.

Anda juga boleh terus membuat sumbangan peribadi anda dalam bentuk wang tunai melalui akaun PUBI Perak seperti berikut;

5582 7500 8858 (PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK) – Maybank



MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN RAYA KEPADA ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN ANJURAN PUBI PERAK 2019.

Kami juga merancang untuk mengadakan sebuah Majlis Iftar untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin ini pada 12/5/2018 di Symphony Hotel & Suite Ipoh Perak  Ipoh, Perak.

Pada majlis yang dirancang ini penghuni rumah kebajikan ini bersama penyelia serta penjaga mereka akan berbuka puasa bersama dan kami akan menyerahkan sumbangan kutipan daripada orang ramai kepada Pengerusi Pertubuhan serta menyumbangkan sumbangan duit raya kepada setiap penghuni di rumah kebajikan ini.

Kami juga ingin mengeru jika ada mana-mana badan kerajaan mahupun swasta yang ingin bekerjasama di dalam program ini juga bolehlah menghubungi kami. Sumbangan anda semua sangatlah diperlukan untuk merelalisasikan program yang dirancang ini. 

Semoga dengan usaha ini akan dapat meringankan beban pihak pengurusan Pertubuhan Baitul Aini ini disamping meraikan serta memgembirakan anak-anak yatim dan miskin ini. Insyallah..