DALAM USAHA MEMBANTU USAHAWAN DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI KEUSAHAWAN, PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH TIDAK MELUPAKAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

Terkini, pada 24hb Ogos 2019 yang lalu, PUBI Perak melalui JK Kebajikan dan Kerohanian telah mengadakan sebuah program riadah bersama anak-anak yatim dan asnaf iaitu berupa lawatan ke Zoo Taiping dan Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar disamping beberapa aktiviti lain.

Seramai 35 orang anak yatim dan miskin di bawah kendalian Pertubuhan Rumah Perlindungan Kebajikan Sosial Mutiara Kasih Perak termasuk pengasuh mereka telah dipilih untuk mengikuti program ini.

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk menghibur serta meraikan anak-anak yatim & asnaf yang terpilih ini memandangkan mereka tersisih dari masyarakat dan jarang sekali diberi perhatian yang sewajarnya.

Program ini juga akan melibatkan anak-anak yatim dan ibu tunggal di kalangan Ahli Berdaftar PUBI Perak.

Untuk makluman semua, ini adalah program kedua yang dianjurkan PUBI Perak, di mana pada tahun lepas JK Kebajikan & Kerohanian PUBI Perak telah menganjurkan program Riadah bersama anak-anak yatim ke ‘Lost World of Tambun’ dan telah mendapat maklum balas yang baik dari segenap masyarakat.

Alhamdulillah..



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Norhuda Abd Razak
Ketua JK Kebajikan & Kerohanian