KES COVID-19 TELAH MENCECAH LIMA ANGKA, MELEBIHI 10,000 KES

TERKINI: KES COVID-19 TELAH MENCECAH LIMA ANGKA, MELEBIHI 10,000 KES

Adalah dimaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga 16 September 2020 telah mencatat lima angka iaitu, 10,031 kes. Kes aktif pula, iaitu kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 juga meningkat kian hari; manakala kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga didapati semakin meningkat.

Berdasarkan data terkini bagi 15 orang pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), didapati:

Baca Lanjut

KLUSTER SIVAGANGGA: LIMA SEKOLAH DI KEDAH DITUTUP SERTA-MERTA

Gambar : SiakapKeli/Bernama

KLUSTER SIVAGANGGA: LIMA SEKOLAH DI KEDAH DITUTUP SERTA-MERTA

ALOR SETAR, 2 Ogos (Bernama) — Lima buah sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah yang dikaitkan dengan kluster PUI Sivagangga diarah tutup bermula hari ini sehingga 29 Ogos depan.

Tindakan itu diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha menyekat penyebaran wabak COVID-19.

Kerajaan negeri, dalam kenyataan hari ini, berkata sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SMK Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba dan SK Megat Dewa di Kubang Pasu manakala di Padang Terap ialah SK Kubang Palas.

Baca Lanjut

MUSIM HAJI DITERUSKAN, JUMLAH JEMAAH DIHADKAN

Arab Saudi umum musim haji tahun ini diteruskan namun jumlah jemaah akan dihadkan. – Gambar fail | Astro Awani

TERKINI: MUSIM HAJI DITERUSKAN, JUMLAH JEMAAH DIHADKAN

RIYADH: Arab Saudi umum musim haji tahun ini diteruskan.

Jumlah jemaah bagi mengerjakan ibadat itu walau bagaimanapun akan dihadkan, lapor stesen televisyen al Ekhbariya, susulan pandemik COVID-19.

“Kementerian Haji dan Umrah telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441h, akan diteruskan dengan jumlah jemaah yang terhad dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi.

Baca Lanjut

MUHYIDDIN DIIKTIRAF SEBAGAI PM TERHEBAT DUNIA KAWAL COVID-19

Tan Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8 | Gambar Google

TERKINI: MUHYIDDIN DIIKTIRAF SEBAGAI PM TERHEBAT DUNIA KAWAL COVID-19

Malaysia diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam mengawal pandemik koronavirus (Covid-19) dan pengiktirafan yang terhormat diberikan kepada pemimpin tertinggi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan World Health Organisation (WHO), Tan Sri Muhyiddin mendapat ranking pertama sebagai pemimpin yang paling berjaya kawal Covid-19.

Ini menjadikan Malaysia salah satu negara contoh, iaitu penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan yang mendapat pengiktirafan dunia dalam satu tinjauan global.

Baca Lanjut