ARAB SAUDI BENARKAN IBADAT UMRAH MULAI 4 OKTOBER INI

TERKINI – ARAB SAUDI BENARKAN IBADAT UMRAH MULAI 4 OKTOBER INI

RIYADH: Arab Saudi secara berperingkat membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, kata Kementerian Dalam Negerinya, semalam.

Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang diterbitkan Saudi Press Agency, sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan.

Menurut kenyataan sama, jemaah dari luar pula akan dibenarkan menunaikan ibadat itu, mulai 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari.

Baca Lanjut

MUSIM HAJI DITERUSKAN, JUMLAH JEMAAH DIHADKAN

Arab Saudi umum musim haji tahun ini diteruskan namun jumlah jemaah akan dihadkan. – Gambar fail | Astro Awani

TERKINI: MUSIM HAJI DITERUSKAN, JUMLAH JEMAAH DIHADKAN

RIYADH: Arab Saudi umum musim haji tahun ini diteruskan.

Jumlah jemaah bagi mengerjakan ibadat itu walau bagaimanapun akan dihadkan, lapor stesen televisyen al Ekhbariya, susulan pandemik COVID-19.

“Kementerian Haji dan Umrah telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441h, akan diteruskan dengan jumlah jemaah yang terhad dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi.

Baca Lanjut

MASJID NABAWI DIBUKA SEMULA

Para jemaah melaksanakan langkah penjarakan sosial di Masjid Nabawi ketika menunaikan solat Subuh pagi tadi. – Foto Agensi

TERKINI: MASJID NABAWI DIBUKA SEMULA

RIYADH – Arab Saudi membuka semula Masjid Nabawi di Madinah hari ini di bawah fasa secara berperingkat untuk meredakan sekatan bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Arab News melaporkan para jemaah menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali selepas penutupan masjid itu selama lebih dua bulan.

Pihak berkuasa turut melaksanakan pelbagai langkah termasuk mengehadkan kapasiti jemaah kepada 40 peratus.

Baca Lanjut

MEKAH AKAN DIBUKA SEMULA 31 MEI INI

TERKINI: MEKAH DIBUKA SEMULA 31 MEI INI

MAKKAH: Arab Saudi mengumumkan “rancangan normalisasi dua fasa” pada awal Khamis (28 Mei) bagi Mekah dengan tujuan untuk melonggarkan langkah-langkah terhadap COVID-19 serta kembali ke kehidupan biasa secara beransur-ansur. Demikian dilaporkan agensi berita Anadolu hari ini.

Fasa pertama akan bermula pada 31 Mei di mana perihal memasuki dan meninggalkan Mekah bakal dibenarkan dari jam 6.00 pagi hingga 3.00 petang, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri melalui kenyataannya.

Solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjid al-Haram akan diteruskan sejajar dengan langkah-langkah kesihatan sedia ada, tambah kenyataan itu.

Baca Lanjut