TATACARA PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) DAN SOALAN-SOALAN LAZIM

INFO – TATACARA PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) DAN SOALAN-SOALAN LAZIM

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Baca Lanjut

EMPAT BANTUAN PRIHATIN NASIONAL SECARA ‘ONE-OFF’ YANG ANDA PERLU TAHU

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI – EMPAT BANTUAN PRIHATIN NASIONAL SECARA ‘ONE-OFF’ YANG ANDA PERLU TAHU

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua golongan rakyat di negara ini.

Paling mencuri tumpuan sudah pastinya pengumuman Bantuan Prihatin Nasional secara one-off kepada empat golongan termasuk mereka yang memegang status M40.

Kaedah pembayaran secara one off merujuk kepada peruntukan kewangan yang hanya diberikan sekali sahaja bagi sesuatu tujuan. Ia tidak berkala seperti bulanan, tahunan atau dwi tahunan.

Baca Lanjut

LIMA UNDANG-UNDANG DAN POLISI BAHARU BERKUATKUASA PADA TAHUN 2020

INFO : LIMA UNDANG-UNDANG DAN POLISI BAHARU BERKUATKUASA PADA TAHUN 2020

Seiring dengan bermulanya dekad baharu, Malaysia juga mengenakan beberapa undang-undang dan polisi berkuatkuasa tahun 2020. Jadi, kami kongsikan semula lima undang-undang dan polisi tersebut untuk pengetahuan kita bersama.

Perkongsian daripada laman facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

1. KEWAJIPAN MENGENAKAN TALI PINGGANG KESELAMATAN BAGI PENUMPANG TEMPAT DUDUK BELAKANG

Bermula tahun ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke telah mengesahkan kewajipan untuk memakai tali pinggang keselamatan buat individu berumur 17 tahun dan ke atas di tempat duduk belakang.

Manakala, kanak-kanak atau remaja yang di bawah usia 17 tahun yang tidak memakainya pula akan membuatkan pemandu disaman sebanyak RM300.

Undang-undang ini bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan peraturan memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang sudah mula diwajibkan sejak tahun 2009 lagi. Bezanya, bermula tahun ini aspek penguatkuasaan akan dijalankan dengan lebih serius.

Artikel berkaitan: https://www.malaymail.com/…/deputy-minister-says-rea…/622187

Baca Lanjut

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-94 BUAT TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-94 TAHUN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA.

PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd ingin merakamkan ucapan ‘Selamat Hari Lahir’ buat YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas ulangtahun kelahiran beliau yang ke-94 tahun.

Semoga Allah melanjutkan usia Yang Amat Berhormat dan dikurniakan kesihatan yang baik dariNya. Terima kasih di atas pengorbanan dan jasa yang besar kepada Negara kita yang tercinta selama ini! Insyallah.

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd