INFO – TATACARA PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) DAN SOALAN-SOALAN LAZIM

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Baca Juga : Empat Bantuan Prihatin Nasional Secara ‘One-Off’ Yang Anda Perlu Tahu –>

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia melalui Jabatan Penerangan Negara




SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2020 BAGI GOLONGAN B40 & M40 PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT

Sumber : Bernama

BAGI PENERIMA BANTUAN PRIHATIN RAKYAT KATEGORI B40, SILA RUJUK LAMAN WEB BANTUAN SARA HIDUP UNTUK INFO LANJUT

Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.

Sila layari laman web rasmi BSH untuk info-info lanjut, https://bsh.hasil.gov.my/