INFO : LIMA UNDANG-UNDANG DAN POLISI BAHARU BERKUATKUASA PADA TAHUN 2020

Seiring dengan bermulanya dekad baharu, Malaysia juga mengenakan beberapa undang-undang dan polisi berkuatkuasa tahun 2020. Jadi, kami kongsikan semula lima undang-undang dan polisi tersebut untuk pengetahuan kita bersama.

Perkongsian daripada laman facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

1. KEWAJIPAN MENGENAKAN TALI PINGGANG KESELAMATAN BAGI PENUMPANG TEMPAT DUDUK BELAKANG

Bermula tahun ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke telah mengesahkan kewajipan untuk memakai tali pinggang keselamatan buat individu berumur 17 tahun dan ke atas di tempat duduk belakang.

Manakala, kanak-kanak atau remaja yang di bawah usia 17 tahun yang tidak memakainya pula akan membuatkan pemandu disaman sebanyak RM300.

Undang-undang ini bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan peraturan memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang sudah mula diwajibkan sejak tahun 2009 lagi. Bezanya, bermula tahun ini aspek penguatkuasaan akan dijalankan dengan lebih serius.

Artikel berkaitan: https://www.malaymail.com/…/deputy-minister-says-rea…/622187


2. PENGGUNAAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK (CRS)

Peraturan menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam setiap kenderaan persendirian telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari lepas dan tindakan penguatkuasaannya pula hanya akan dibuat selepas tempoh enam bulan perlaksanaanya. Tempoh enam bulan pertama itu diperuntukkan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat.

Artikel berkaitan: http://www.bernama.com/bm/news.php…


3. PENGUATKUASAAN PENUH LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan penguatkuasaan penuh larangan merokok di semua premis makan bermula 1 Januari 2020 dengan kompaun maksimum sehingga RM350.

Pemilik premis turut berhadapan dikompaun sekiranya gagal nemastikan premisnya bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok.

Artikel berkaitan: http://www.moh.gov.my/…/database_st…/store_view_page/21/1280


4. PENGUATKUASAAN PENUH LARANGAN MENGGUNAKAN STRAW PLASTIK PAKAI BUANG

Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif untuk memasukkan larangan penggunaan straw plastik pakai buang di dalam syarat-syarat lesen kepada peniaga mulai 1 Januari 2019 sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya bermula tahun ini.

Larangan penggunaan straw plastik ini telah dikuatkuasakan melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebelum ianya diseragamkan ke negeri-negeri lain selaras dengan pelan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengenai hala tuju sifar penggunaan plastik pakai buang menjelang tahun 2030.

KOPUBI Perak Bhd adalah pengedar tunggal produk biodegradable ‘Paper Straw’

Tahukah anda KOPUBI Perak Bhd adalah Pengedar Tunggal ‘Paper Straw’ pertama di Negeri Perak –>

Artikel berkaitan: https://www.channelnewsasia.com/…/malaysia-abolish-single-u… dan https://berita.rtm.gov.my/…/19787-larangan-penggunaan-straw…


5. CUKAI PERKHIDMATAN DIGITAL

Cukai Perkhidmatan Digital telah dilaksanakan bermula 1 Januari lalu, dimana ia akan melibatkan perkhidmatan seperti muat-turun perisian, penstriman muzik, penstirman video, dan pengiklanan digital. Antara penyedia perkhidmatan digital popular yang dikenakan cukai ini termasuk Netflix, Spotify, Amazon, pengiklanan di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram, pengkomputeran awan, aplikasi dan permainan di telefon pintar.

Menurut laporan, lebih 10 juta pengguna perkhidmatan digital di negara ini bakal berdepan kenaikan caj langganan perkhidmatan kesan daripada pelaksanaan Cukai Perkhidmatan Digital dikuatkuasakan bermula tahun ini.

Nota: Semua gambar di dalam artikel ini diambil secara rawak dari carian google.