PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 9hb November 2019 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah merancang untuk mehasilkan sebuah lagu rasmi Kumpulan PUBI di mana lagu ini akan diperdengarkan kepada umum sewaktu penganjuran program-program di bawah Kumpulan PUBI iaitu PUBI Perak (NGO), Koperasi (KOPUBI) dan Kelab Belia PUBI (KBPUBI).


Sesi rakaman yang telah berlangsung di Smelly Studio

Lagu rasmi yang beirama Pop Kormersial bertemakan motivasi ini telah dicipta dan ditulis oleh komposer tempatan iaitu saudara Arman Salleh.

Saudara Arman Salleh adalah bekas penyanyi kepada kumpulan yang pernah popular satu masa dahulu iaitu OTO Band. Lagu kumpulan ini yang popular adalah berjudul ‘Pencinta Sempurna’.

Untuk lagu rasmi Kumpulan PUBI ini, judul lagu yang diberi nama ‘Semarak Semangatmu’ telah dinamakan oleh Pengerusi Kumpulan PUBI sendiri iaitu En. Sharul Baha.


Teaser : Lagu Rasmi Kumpulan Pubi ‘Semarak Semangatmu!’

Pada sesi rakaman yang telah berlangsung di Smelly Studio ini, penyanyi tempatan iaitu Cik Siti Nuraini telah menjadi penyanyi jemputan untuk menyanyikan lagu ini mengikut kretiviti beliau.

Dengan terhasilnya lagu ini PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh akan mempunyai imej tersendiri serta berada pada kelasnya yang tersendiri.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Mohamed Helmi Mohamed Fuzi
Pemangku AJK PUBI Perak