COVID-19: TAIPING KINI ZON MERAH

COVID-19: TAIPING KINI ZON MERAH

IPOH – Mukim Taiping kini diisytihar sebagai zon merah setelah mencatat bilangan kes jangkitan Koronavirus (Covid-19) terkumpul sebanyak 77 kes dalam tempoh dua minggu.

Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di Perak pula melonjak sehingga 52 kes hari ini dengan satu kluster baharu dikenal pasti.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerusi maklumat yang dikongsi di Facebook rasmi jabatan itu memaklumkan, kes pertama hingga 48 melibatkan lelaki berusia antara 35 ke 65 tahun yang merupakan tahanan di sebuah pusat tahanan di Daerah Larut Matang dan Selam (LMS).

Baca Lanjut

COVID-19: ENAM SEKOLAH DI TAIPING DITUTUP MULAI ESOK

Gambar – Google

TERKINI: ENAM SEKOLAH DI TAIPING DITUTUP MULAI ESOK

IPOH – Enam sekolah dalam daerah Larut Matang Selama (LMS) akan ditutup selama tujuh hari bermula esok susulan terdapat kes positif koronavirus (Covid-19) membabitkan warga sekolah itu.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist dan SMK Bukit Jana.

Menurutnya, turut ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang.

Baca Lanjut