PEMBIAYAAN BR PRONIAGA DAN BRKOP LESTARI BANK RAKYAT

INFO : PEMBIAYAAN BR PRONIAGA DAN BRKOP LESTARI BANK RAKYAT

Bank Rakyat telah memperkenalkan 2 skim pembiayaan baharu untuk golongan usahawan profesional dan perniagaan koperasi sektor pendidikan serta masjid iaitu BR ProNiaga dan BRKOP Lestari.

BR ProNiaga diwujudkan bagi membantu golongan profesional yang terjejas pekerjaan berikutan COVID-19 dan telah memulakan perniagaan sendiri.

BRKOP Lestari pula adalah pembiayaan eksklusif untuk koperasi dari sektor pendidikan dan koperasi masjid.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BRIGED MUDA PETANI MODEN NEGERI PERAK

INFO : PERMOHONAN BRIGED MUDA PETANI MODEN NEGERI PERAK

Petani muda/belia tani di Negeri Perak dialu-alukan untuk memohon Briged Muda Petani Moden Negeri Perak.

Briged Muda Petani Moden ini telah di rasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Saarani Mohamad pada 4 September 2022 di Lubuk Merbau sempena Karnival Sekuriti Makanan @ Perak Sejahtera 2030.

Untuk makluman, program ini diwujudkan bagi membantu petani muda/belia tani mengembangkan projek pertanian mereka menerusi bantuan atau peruntukan yang disediakan daripada Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Baca Lanjut

SKIM PEMBIAYAAN ONLINE TEKUN NASIONAL UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA DAN INDIA

INFO: SKIM PEMBIAYAAN ONLINE TEKUN NASIONAL UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA DAN INDIA

Sukacita dimaklumkan bahawa TEKUN Nasional kini menawarkan Skim Pembiayaan Online atau SPOT kepada usahawan informal dan mikro (Bumiputera dan India).

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar dalam satu program sesi dialog baru-baru ini.

Sebagai permulaan, sebanyak RM 10 juta diperuntukkan dengan sasaran kepada 1,000 usahawan terutamanya usahawan dalam talian bagi mengembangkan perniagaan online mereka.

Baca Lanjut