INFO : PERMOHONAN BRIGED MUDA PETANI MODEN NEGERI PERAK
Petani muda/belia tani di Negeri Perak dialu-alukan untuk memohon Briged Muda Petani Moden Negeri Perak.
Briged Muda Petani Moden ini telah di rasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Saarani Mohamad pada 4 September 2022 di Lubuk Merbau sempena Karnival Sekuriti Makanan @ Perak Sejahtera 2030.
Untuk makluman, program ini diwujudkan bagi membantu petani muda/belia tani mengembangkan projek pertanian mereka menerusi bantuan atau peruntukan yang disediakan daripada Jabatan Pertanian Negeri Perak.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 RM200
Permohonan secara talian telah dibuka mulai 27 September 2022 sehingga 11 Oktober 2022.
PEMBERIAN BANTUAN
Menerusi program ini, petani muda/belia tani akan diberikan bantuan berupa:
- Bantuan Infrastruktur
- Perolehan Bahan Input Pertanian
- Kelengkapan Perolehan ICT berkaitan IOT Pertanian
SYARAT & KRITERIA
Syarat dan kriteria yang ditetapkan bagi program ini adalah seperti:
- Terbuka kepada petani muda di Negeri Perak.
- Permohonan dibuka kepada pemohon dibawah lingkungan 40 tahun dan ke bawah (tahun kelahiran 1983 dan ke atas).
- Projek sedia ada dan masih aktif.
- Tidak menerima sebarang peruntukan tahun semasa.
- Status tanah yang sah.
SYARAT SKOP PROJEK
Syarat skop projek untuk melayakkan menerima bantuan ini adalah seperti:
i) Fertigasi
- Keluasan maksimum 0.4 hektar atau 1 ekar (2,000 polibeg)
- Cili padi, halia, cili, melon, sayur daun dan sayur buah
ii) Konvensional
- Keluasan maksimum 1 hektar
- Jagung, Nanas, Betik, Ubi, Halia, Pisang, Tembikai, Sayur Daun, Sayur Buah dan Serai
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut:
- Klik pautan berikut .
- Muat turun borang permohonan.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar semua dokumen dan borang permohonan ke Pejabat Pertanian Daerah atau kawasan yang berhampiran.
Permohonan pemohon yang berjaya akan dihubungi dalam tempoh 3 bulan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Geran/Surat Kuasa/Surat Perjanjian
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Briged Muda Petani Moden Negeri Perak, layari laman web https://www.pertanianperak.gov.my.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI