GKP 4.0 : SEMAKAN BAYARAN RM1,000 BAGI PKS (SEPTEMBER & NOVEMBER 2021)

INFO: GKP 4.0 – SEMAKAN BAYARAN RM1,000 BAGI PKS (SEPTEMBER & NOVEMBER 2021)

Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 kepada 1 juta usahawan.

“Memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro pada masa ini, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0.”

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Geran Khas Prihatin 4.0 untuk makluman bersama.

Baca Lanjut

PERMOHONAN SPIN 2.0: SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL SEHINGGA RM10,000

INFO: PERMOHONAN SPIN 2.0 – SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL SEHINGGA RM10,000

Usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kini boleh memohon pembiayaan perniagaan melalui Skim Pembiayaan Informal (SPIN) 2.0 di bawah TEKUN Nasional.

SPIN 2.0 adalah skim pembiyaan yang ditawarkan kepada usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan SSM atau PBT atau usahawan yang berdaftar dengan SSM atau PBT tetapi tempoh pendaftaran kurang daripada setahun.

Objektif pelaksanaan SPIN 2.0 adalah untuk membantu usahawan mikro bagi memulihkan dan memulakan perniagaan yang terjejas kesan daripada pandemik COVID-19.

Baca Lanjut

PERMOHONAN CBRM 2.0: SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO

INFO: PERMOHONAN CBRM 2.0 – SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO

TEKUN Nasional telah membuka permohonan kepada usahawan mikro yang ingin memohon pembiayaan bagi memulihkan perniagaan mereka melalui Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0).

CBRM 2.0 ialah pembiayaan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan baharu yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 untuk membolehkan mereka kembali beroperasi dan memulihkan semula perniagaan mereka.

Objektif pelaksanaan CBRM 2.0 adalah bagi membantu usahawan baharu dan sedia ada yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang menjalankan perniagaan dalam bidang non-essential, aktiviti sosial dan aktiviti rangkaian bagi memulihkan dan memulakan perniagaan dalam kesukaran masa pandemik COVID-19.

Baca Lanjut

ezBIZ SSM ONLINE: CARA DAFTAR PERNIAGAAN ENTERPRISE / TUNGGAL

INFO: ezBIZ SSM ONLINE – CARA DAFTAR PERNIAGAAN ENTERPRISE / TUNGGAL

Kepada anda yang baru memulakan perniagaan dan ingin serius melakukan perniagaan tersebut, kini anda boleh mendaftar perniagaan anda melalui ezBiz SSM online.

Berikut dikongsikan cara buka perniagaan Enterprise atau Tunggal secara online sahaja. Lebih cepat dan mudah!

Jom ketahui lebih lanjut tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mendaftar perniagaan anda.

Baca Lanjut