INFO: GKP 4.0 – SEMAKAN BAYARAN RM1,000 BAGI PKS (SEPTEMBER & NOVEMBER 2021)

Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 kepada 1 juta usahawan.

“Memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro pada masa ini, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0.”

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Geran Khas Prihatin 4.0 untuk makluman bersama.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Semakan Status Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 & Tarikh Bayaran

APAKAH GKP 4.0?

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak COVID19 melanda negara tahun lalu.

GKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.

GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, manakala GKP 4.0 diumumkan melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021.

Pakej PEMULIH ini merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

JUMLAH & TARIKH BAYARAN GKP 4.0

Bayaran ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali pada bulan September (RM500) dan November (RM500).

Tarikh pembayaran bantuan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malayisa dan pembayaran akan dibuat pada 21hb September 2021 ini.

RM500 juta bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 adalah dalam usaha menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tarikh terkini pembayaran bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 untuk makluman bersama. Klik untuk info lanjut –> https://www.pubiperak.com/gkp-4-0-semakan-status-pembayaran-bermula-21hb-september-2021/

gkp 4.0

TARIKH PERMOHONAN BAHARU

Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran telah dibuka pada 15 Julai hingga 31 Julai 2021 yang lalu.

Nota: Permohonan telah ditutup

CARA PERMOHONAN

Permohonan bagi bantuan ini perlu dilakukan secara online di laman web GKP di pautan berikut –> https://gkp.hasil.gov.my

Borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah diberikan jika perlu. Pastikan anda mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.

Semakan status boleh dibuat selepas maklumat dihantar dengan lengkap.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD