KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 24hb Julai 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah berkolaborasi dengan Koperasi Peturun Saka Miri Bhd (KPSMB) untuk mengadakan lawatan ke Gaharu Tea Valley Gopeng, Perak.
Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Setiausaha Koperasi iaitu En. Haizul Fakarudin manakala mengetuai deligrasi Koperasi Peturun Saka Miri Bhd (KPSMB) pula adalah En Henry Anak Joseph selaku Pengerusi Koperasi ini.
Turut hadir ke lawatan ini adalah En Mohamad Nafis selaku Ahli Lembaga Koperasi dan wakil-wakil Anggota daripada Koperasi Peturun Saka Miri Bhd (KPSMB).
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI:Mesyuarat Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung Tahunan
Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk menimba ilmu serta melihat peluang-peluang kerjasama yang boleh dijalinkan di antara pihak-pihak yang terlibat.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mr. Nick selaku anak kepada Pengasas Gaharu Tea Valley Gopeng yang juga merupakan CEO bagi syarikat ini.
Di dalam lawatan kerja ini, wakil daripada KOPUBI Perak Bhd dan Koperasi Peturun Saka Miri Bhd (KPSMB) telah dibawa untuk melawat ladang gaharu serta diberi pengetahuan berkaitan sejarah penanaman pokok ini.
Difahamkan Gaharu Tea Valley telah menanam hampir 200,000 pokok gaharu pada tanah keluasan 300 ekar di kawasan ini.
Melalui gaharu ini juga telah terhasil Produk Teh Gaharu yang sangat popular dan digemari oleh sebahagian rakyat Malaysia dan juga dipasarkan utk pasaran antarabangsa.
Banyak perkara yang dapat dipelajari oleh kedua-dua Ahli Lembaga pada hari tersebut dan pada sesi perbincangan kami telah saling bertukar-tukar pandangan tentang cabaran yang dihadapi di dalam menjalankan perniagaan pada waktu ini.
Untuk makluman semua juga, ini adalah kali kedua Pihak KOPUBI Perak Bhd menjalankan Lawatan Kerja ke sini dan sedang melihat peluang-peluang perniagaan yang ada bagi mengembangkan pendapatan serta perolehan koperasi.
Kami mendoakan agar jenama pertanian dan penternakan akan menjadi salah satu perniagaan yang akan diceburi oleh KOPUBI Perak Bhd pada masa hadapan seterusnya akan memberi impak ekonomi kepada rakyat di Negeri Perak ini.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI