KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK. 

Terkini pada 18hb Ogos 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan perjumpaan bersama CEO Gaharu Tea Valley Gopeng bagi membincangkan perancangan perniagaan yang akan melibatkan sebuah kerjasama yang strategik di antar kedua-dua belah pihak.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd pada perjumpaan ini adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd dan En Safuan Othman selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.

Mewakili pihak Gaharu Tea Valley adalah Mr. Nick selaku anak kepada Pengasas Gaharu Tea Valley Gopeng yang juga merupakan CEO bagi Syarikat ini dan turut hadir di dalam sesi perbincangan ini adalah Mr Tan, wakil daripada Syarikat FOHOWAY Malaysia dan Mr Dickson Foo selaku Setiausaha Koperasi Usahawan Internet Malaysia Bhd (KPerak Bhd).

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Team Fohoway Malaysia

Untuk makluman semua, KOPUBI Perak Bhd pada 5hb Ogos 2024 yang lalu telah dilantik sebagai sebagai Ejen Jualan Produk dan Pemasaran FOHOWAY Malaysia dan melalui pelantikan ini maka secara rasminya KOPUBI Perak Bhd boleh memberi menjual serta memasarkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat FOHOWAY Malaysia Sdn Bhd.

Antara produk-produk utama yang akan dibekalkan oleh KOPUBI Perak Bhd melalui usahasama ini adalah Mesin Urut PMD (Portable Magic Device) dan Air Teh Gaharu (Holistic) keluara Gaharu Tea Valley Gopeng.

Insyallah, KOPUBI Perak Bhd dan Gaharu Tea Valley Gopeng akan membuka peluang kepada masyarakat secara umumnya dan khas buat anggota KOPUBI Perak Bhd yang mana boleh turut sama di dalam menjalankan perniagaan yang baharu sahaja dicerburi ini disamping akan menambah pendapatan serta meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing.

May be an image of 4 people and text
Perkongsian strategik antara KOPUBI Perak Bhd dan Gaharu Tea Valley Gopeng membuka peluang besar kepada anggota koperasi dan masyarakat untuk meningkatkan ekonomi melalui produk-produk inovatif seperti Mesin Urut PMD dan Teh Gaharu Holistik.

Semoga dengan adanya peluang serta usahasama tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.

Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah..

#KOPUBI #FOHOWAY #GaharuTeaValley #TehGaharu #PMD #PortableMagicDevice  #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia