MESYUARAT PENYELARASAN PENGANJURAN BAZAR RAMADHAN BAGI TAHUN 2021

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 5hb Mac 2021 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Bazar Ramadhan Bagi Tahun 2021 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar Ipoh iaitu YBhg Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud.

Baca Lanjut

MBI JAMIN SELESAI ADUAN JALAN BERLUBANG TEMPOH 24 JAM

Gambar – Google

TERKINI: MBI JAMIN SELESAI ADUAN JALAN BERLUBANG TEMPOH 24 JAM

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah jalan berlubang dalam tempoh 24 jam daripada penemuan atau aduan kerosakan dibuat penduduk.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, komitmen itu diperkukuh menerusi peruntukan tambahan berjumlah RM200,000 yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bagi pelaksanaan kerja-kerja penampalan.

“Apabila tiba musim hujan, kita akui memang akan berlaku banyak kerosakan dan jalan-jalan yang berlubang.

Baca Lanjut

MBI TAWAR PENGURANGAN BAYARAN KOMPAUN TRAFIK SEHINGGA 50 PERATUS

IPOH: Bersempena dengan bulan kemerdekaan pada tahun ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberikan tawaran pengurangan pembayaran bagi kompaun trafik antara 30 hingga 50 peratus.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata penawaran diskaun tersebut berkuatkuasa hari ini sehingga 31 Ogos. Katanya individu atau pihak yang ingin berbuat demikian, mereka boleh membayarnya di mana-mana kaunter pembayaran MBI.

“Tawaran diskaun kompaun lalu lintas ini ditawarkan MBI bersempena dengan bulan kemerdekaan. Sesiapa yang ingin membayar, boleh berbuat demikian bermula hari ini,” katanya.

Baca Lanjut